KEARAH KETUANAN CINA DAN KETUANAN MAHATHIR SETELAH KEHANCURAN MELAYU

KEARAH KETUANAN CINA DAN KETUANAN MAHATHIR SETELAH KEHANCURAN MELAYU

Gopal Raj Kumar, 20hb September.2018

“Hubungan sesuatu kaum dengan warisannya adalah seperti hubungan anak dengan ibunya.”

Mendesak dan membela kehendak serta melindungi warisan dan maruah mereka di tanah air mereka sendiri  sentiasa merupakan urusan dan hak orang Melayu.

Tiada apa yang boleh dibuat sekiranya sebagai kaum majoriti orang melayu memilih untuk menjadi pemerhati dan tidak membantah akan kehancuran dan keadaan  nasib mereka sekarang. Itu adalah pilihan mereka.

Hari ini DS Najib akan dihina dan permalukan. Apabila beliau dibawa masuk ke mahkamah berpakaian penjara berwarna jingga, rakyat turut diheret bersama ke mahkamah kerana rakyat  telah melantik beliau sebagai pemimpin. Penganut agama Kristian yang meraikan kehinaan terhadap DS Najib ini pasti mengetahui terdapat peristiwa yang selari di dalam kitab Injil sama seperti peristiwa yang sedang berlaku terhadap orang Melayu dan DS Najib.

PERSAMAAN DALAM AGAMA KRISTIAN – PENYALIBAN BUKAN UNTUK MELAYU SAHAJA

Ketika rakyat Roma menyalibkan Nabi Isa, mereka mentertawakan beliau dengan memanggil beliau “Raja Yahudi” serta memakaikan beliau jubah berwarna ungu iaitu warna diraja Roma sambil meludahi beliau kerana berani menggelar diri beliau “Raja Yahudi” (pastinya dilantik oleh bapanya di Syurga).

Sementara mereka menghina dan meludahi nabi Isa yang berpakaian jubah berwarna ungu yang mereka berikan itu, secara langsung mereka menghina orang-orang Yahudi  yang percaya bahawa nabi isa adalah penyelamat mereka.

DS najib sebelum ini merupakan seorang perdana menteri pilihan rakyat yang majoriti. Kesilapan yang dilakukan atau dosa beliau tidak kira apa pun, tidak mungkin lebih dasyat daripada kesilapan atau dosa yang dilakukan oleh mereka,  yang membuat pertuduhan terhadap beliau sekarang, iaitu kerajaan Mahathir.

Apabila beliau dibawa masuk ke mahkamah hari ini, kerajaan Mahathir akan menunjukkan kepada orang Melayu betapa beliau Mahathir (dan Anwar) boleh memijak2 bukan sahaja maruah DS Najib tetapi juga maruah kesemua orang Melayu yang beliau pandang rendah dan hina sebagai “pemalas, rasuah dan tidak jujur”.

Mahathir telah memijak maruah orang melayu (atau apa-apa yang masih tinggal)  serta warisan orang Melayu di depan khalayak dengan cara yang paling menghinakan. Orang Melayu sahaja lah yang dapat memulihkan keadaan dan mengembalikan maruah diri mereka. 

“Kita mungkin tersungkur dan terjatuh tetapi kita akan bangun semula; sudah dikira baik dan mencukupi sekiranya kita tidak cabut lari daripada peperangan.”

Orang Melayu tidak cenderung bertindak seperti Mahathir. Sememangnya tidak mungkin terfikir oleh orang Melayu untuk mengheret Sultan Johor, misalnya,  ke mahkamah dan mendakwanya seperti penjenayah umum.

Belum terjadi di dalam sejarah kehinaan dan kemarahan terhadap rakyat Malaysia terutamanya terhadap orang Melayu seperti ini. Kehinaan ini adalah terhadap maruah dan martabat serta keseluruhan institusi adat dan budaya orang Melayu.

Inilah penyebabnya agama Islam dijadikan perlindungan terakhir kepada orang Islam yang seterusnya menjadikan mereka ganas dan radikal.

Apabila kesemua institusi perundangan dan undang-undangnya dirasuahi dan kuasa tertumpu ditangan seorang perasuah, orang-orang Islam tiada tempat lain selain bergantung kepada Allah dan lafaz-lafaz daripada Rasulnya. Undang-undang Islam akan dijadikan  kaedah undang-undang.  

Dan sekiranya terdapat orang Melayu yang boleh bertindak tetapi mereka tidak bertindak dalam keadaan genting seperti sekarang; anak2 mereka yang bakal menjadi kuli kepada orang Cina akan bertanya,

“Mengapakah orang Melayu tidak melawan sedangkan mereka adalah majoriti dan angkatan tentera juga terdiri daripada majoriti Melayu?”   

Harapan orang Melayu untuk mendapat perlindungan sekarang cuma pada sultan-sultan Melayu (misalnya, Sultan Selangor) dan angkatan tentera (kecuali mereka yang sudah dirasuah oleh ipar Mahathir, Ismail, dan mahathir sendiri) supaya dapat memulihkan keadaan yang sudah agak terlanjur ini.

Orang Melayu juga boleh mogok dan tidak bekerja sehari setiap minggu misalnya supaya ekonomi dan kerajaan Mahathir jatuh. Sekiranya orang Melayu enggan bertindak sudah patut lah mereka tinggal bekerja sebagai pembantu rumah dan peon semula (seperti di zaman penjajahan British dahulu, Cuma sekarang adalah penjajahan Mahathir dan Cina).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Advertisements
Comments
One Response to “KEARAH KETUANAN CINA DAN KETUANAN MAHATHIR SETELAH KEHANCURAN MELAYU”
Trackbacks
Check out what others are saying...
  1. […] via KEARAH KETUANAN CINA DAN KETUANAN MAHATHIR SETELAH KEHANCURAN MELAYU […]

    Like



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: